PENGUMUMAN


PELUANG KERJAYA BERSAMA ANTAH SCHINDHER (ASM) UNTUK ALUMNI INPENS

(12/11/2018)

Adakah anda pelajar dan Alumni INPENS yang kami cari???

SHRDC dengan kerjasama dari Antah Schindhler Malaysia (ASM) akan mengadakan satu sesi taklimat dan temuduga bersama pelajar-pelajar dan alumni INPENS dari kursus Elektrik, Aircond dan Elektronik. Maklumat dan ataucara program adalah seperti dibawah:

Tarikh : 12 November 2018 ( ISNIN)

Masa : 10.00 pagi

Tempat : INPENS

Aturcara :

10.00 – 11.00pg – Taklimat dari SHRDC & ASM

11.00 – 12.00tgh - Ujian & temuduga dijalankan serentak


Program : Technical Apprenticeship Programme

Tempoh : 2 tahun.

Selepas berjaya Test dan temuduga di INPENS, pelatih akan mula 3 bulan kelas di SHRDC dan 3 bulan OJT di Antah Schindler selama 2 tahun. 3 bulan kelas (elaun = RM600), 3 bulan OJT di industri (elaun = RM1,000)

Selepas 2 tahun, pelatih akan mendapat Tahap 3 dan sekiranya prestasi kerja baik akan diserap sebagai Juruteknik di Antah Schindler.

Jawatan : Juruteknik.

Gaji permulaan : 1,500.00.

Syarat-syarat kelayakan pemohon melalui program IKTISASS

Pemohon dan ibu bapa adalah warganegara Malaysia
Pemohon mestilah terdiri daripada rakyat D.Y.M.M Sultan Selangor DArul Ehsan
Pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor atau
Pemohon, Ibu atau Bapa lahir dan menetap di Negeri Selangor
Pemohon telah bermastautin di Negeri Selangor 11 tahun dan ke atas
Pemohon mestilah mempunyai SPM
Beserta wajib 5 subject lulus dari keputusan SPM.

Anda berminat?...Sila hubungi Unit Alumni Puan Noor Hani untuk mendapatkan maklumat lanjut di talian 03-32812617.