PENGUMUMAN


PIALA DEBAT INPENS 2018

(09/11/2018)

Piala Debat INPENS 2018 - Ke arah melahirkan graduan kemahiran yang berintelektual dan berdaya saing melalui objektif yang berikut:

i. Menerapkan budaya perdebatan dan pengucapan awam yang sihat di kalangan para pelajar INPENS.

ii. Menanam nilai dan sikap positif dari segi intelek, akademik dan perdebatan di kalangan pelajar INPENS.

iii. Menyemai semangat dan budaya membaca aras tinggi di kalangan pelajar agar lebih berpengetahuan tentang perkembangan semasa di Malaysia dan antarabangsa.

Ayuh hadirkan diri dan berikan sokongan kepada semua peserta!

"Apa guna pasang pelita,
Jika tidak dengan sumbunya,
Apa guna bermain kata,
Kalau tidak dengan sungguhnya". 

#CemerlangBersamaINPENS
#debat