PENGUMUMAN


PROGRAM BAKTI SISWA IPT 03/2017

(24/11/2017)

Adalah dimaklumkan INPENS akan turut serta dalam Program Bakti Siswa IPT 03/2017 anjuran Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi & Inovasi berlangsung di Blok C, O dan J Kg Sawah Sempadan, Tg. Karang bermula 24 hingga 26 November 2017. Program ini melibatkan 40 org pelajar INPENS bersama dua IPT Selangor yang lain iaitu Unisel dan KUIS.

Selain terlibat dalam program anak angkat bersama warga desa, pelajar INPENS akan memberi perkhidmatan menukar minyak hitam motosikal, gunting rambut serta penyelenggaraan pendawaian elektrik. Pendawaian elektrik akan dijalankan di Masjid Almiriah, Pusat Asuhan Kanak-kanak Islam (PASTI) dan balai raya.

Sepanjang program ini turut diadakan Sesi pendaftaran bagi pengambilan pelajar Baru INPENS untuk sesi kemasukan Januari 2018.