BERITA


MAJLIS BERBUKA PUASA INPENS 2018

(06/06/2018)

INPENS meneruskan tradisi tahunannya dengan memasak bubur lambuk untuk edaran kepada semua pelajar dan warga kerja. Program yang saban tahun diadakan ini adalah anjuran bersama Kelab Sosial & Kebajikan Kakitangan INPENS dan semua kakitangan.

Selain memasak bubur lambuk, seluruh warga INPENS turut mengadakan majlis khatam Al-Qur'an dan iftar jamaie. Semoga dengan penganjuran aktiviti sebegini akan mengeratkan lagi silaturrahim semua warga INPENS.

Selamat memperhebat amalan di 10 hari terakhir Ramadhan 1439H. Ramadhan Kareem!

#CemerlangBersamaINPENS
#BuburLambukSedap