BERITA


PERHIMPUNAN KAKITANGAN INPENS BIL.04/2018

(03/05/2018)

Hari ini telah diadakan Perhimpunan Kakitangan INPENS Bil.04/2018 bertempat di Mini Auditorium INPENS.

Dalam ucapannya, Tuan Ahmad Zabri Mohd Yaman, Ketua Eksekutif INPENS menyatakan terima kasihnya kepada kakitangan yang telah menyertai Kaji Selidik Kepuasan Berkerja yang telah diadakan pada awal April lalu. Pada masa sama, beliau mengucapkan selamat pulang ke kampung untuk mengundi kepada semua kakitangan.

Pada perhimpunan tersebut, Puan Noridah Ismail yang juga Eksekutif Sumber Manusia telah membentangkan keputusan kaji selidik tersebut. Secara keseluruhannya, majoriti kakitangan berpuas hati dengan suasana kerja di INPENS. Dalam pada itu, sebarang penambah baikkan akan dijalankan berdasarkan keperluan semasa.

#CemerlangBersamaINPENS