BERITA


PROGRAM TRANSFORMATIONAL AND SUSTAINABLE LEADERSHIP FOR HODs OF INPENS: MELESTARIKAN KEPIMPINAN DI INPENS

(01/04/2018)

INPENS kini dalam proses ketiga proses transformasinya iaitu melatih barisan-barisan pelapis dalam urus tadbir yang cekap di INPENS. Berkaitan misi tersebut, satu Program Transformational and Sustainable Leadership for Hods of INPENS telah diadakan pada 30 Mac hingga 1 April. Program ini telah melibatkan 16 orang kakitangan yang terdiri daripada Eksekutif-eksekutif dan Ketua-ketua Sektor di INPENS.

Ketua Eksekutif INPENS, Tuan Ahmad Zabri Mohd Yaman berkata, program ini adalah langkah memastikan transformasi INPENS dapat dijayakan dengan barisan pengurusan yang sempurna. Beliau berkata, segala fasa transformasi sebelum ini lebih melibatkan prasarana INPENS, tetapi pada fasa ketiga ini penumpuan adalah lebih kepada pembangunan daya kepimpinan barisan pengurusan INPENS agar lebih berkredibiliti dan berwawasan.

Program selama 3 hari tersebut telah menerima perkongsian daripada Dr Norhisham Alwi yang juga perunding hebat kepada kursus-kursus kepimpinan di banyak organisasi lainnya. Selain pendedahan kepada banyak strategi-strategi kepimpinan, peserta yang terlibat turut diperkenalkan dengan metodologi penyelesaian sesuatu isu di dalam sesebuah organisasi.

#CemerlangBersamaINPENS