BERITA


INPENS RAIH 1 GANGSA DI PERTANDINGAN SILAT ANTARABANGSA UPSI KALI KE-9

(29/03/2018)

Selain berkemahiran, INPENS juga melahirkan graduan-graduan yang aktif berkokurikulum. Terkini, INPENS berjaya meraih 1 pingat Gangsa di Pertandingan Silat Antarabangsa UPSI kali ke-9 yang telah diadakan pada 20 hingga 25 Mac 2018. Pingat Gangsa tersebut diraih melalui saudara Airish Azmar Abdul Rahman dari Sektor Teknologi Automotif.

INPENS turut menampilkan persaingan yang sengit apabila 2 pesilat wanita berjaya ke suku akhir dan seorang lagi pesilat lelaki turut menjejakkan kaki di peringkat suku akhir. Seramai 14 atlet silat telah menyertai pertandingan tersebut yang juga merupakan penglibatan tahun kedua INPENS selepas penglibatan sulung pada tahun lalu.

#CemerlangBersamaINPENS