BERITA


IKTISASS: MENGARUS PERDANA TEKNIKAL, VOKASIONAL & PROFESIONAL DI NEGERI SELANGOR

(25/03/2018)

INPENS selaku institusi kemahiran di bawah Kerajaan Negeri Selangor terus dipercayai dalam memperkasa ilmu kemahiran melalui landasan teknikal, vokasional dan profesional. Program Inisiatif Kemahiran Teknikal Dan Iktisas Smart Selangor (IKTISASS) 2018 yang dilancarkan Kerajaan Negeri di Sunway Convention Centre pada Ahad lalu turut yang turut melantik INPENS sebagai rakan strategik menjayakan IKTISASS.

Dalam ucapan perasmiannya, Dato’ Menteri Besar Selangor berkata usaha ini membuktikan Kerajaan Negeri serius membangunkan latihan kemahiran teknikal, vokasional dan profesional bagi memenuhi aspirasi millenials demi menjamin kebolehpasaran. Menurut beliau lagi, Kerajaan Negeri sangat komited dalam memastikan jumlah tenaga mahir dipertingkatkan agar mencapai sasaran 50 peratus dalam tempoh beberapa tahun akan datang bagi memastikan Selangor kekal gah sebagai negeri perindustrian berpendapatan tinggi.

INPENS melalui IKTISASS berperanan melatih belia-belia Selangor mempelajari bidang kemahiran yang berasaskan Industri 4.0 seperti penyaman udara, automotif, elektrikal dan sistem komputer di peringkat asas hinggalah ke peringkat mahir dengan kerjasama pelbagai peneraju industri.