BERITA


LAWATAN KE PUSAT LATIHAN DAIKIN, OSAKA, JEPUN

(05/03/2018)

INPENS melalui wakilnya Encik Muhammad Hafiz bin Nordin telah menyertai satu sesi lawatan pembelajaran ke Pusat Latihan Daikin, Osaka, Jepun. Lawatan yang berlangsung pada 27 Februari hingga 3 Mac yang melibatkan 22 peserta dari pelbagai agensi.

Lawatan tersebut memberi pendedahan terkini berkaitan industri penyamanan udara di Jepun dan teknologi yang bakal dibangunkan.

Lawatan tersebut juga membuktikan INPENS bukan sahaja menawarkan pengajian kemahiran bertaraf industri malahan menunjukkan INPENS mempunyai hubungan industri yang kukuh bersama-sama dengan pemain utamanya.

#CemerlangBersamaINPENS
#HVACHebat