BERITA


LAWATAN KERJA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF MBI

(28/02/2018)

INPENS hari ini menerima lawatan kerja daripada YM Raja Shahreen bin Raja Othman yang juga Ketua Pegawai Eksekutif MBI.

Beliau dalam lawatannya meninjau pembangunan infrastruktur INPENS yang giat dijalankan sejak tahun lalu. YM Raja Shahreen yang ditemui teruja dengan perkembangan kemajuan INPENS selaras dengan usianya yang menjangkau 25 tahun pada Jun ini. Beliau dalam masa sama mahu masyarakat Malaysia mengubah persepsi terhadap pendidikan kemahiran memandangkan bidang TVET menghidangkan pasaran kerja yang meluas.

Dalam pada itu, turut diadakan sambutan ringkas sambutan ulang tahun kelahiran YM Raja Shahreen bertempat di Sektor Kulinari & Pastri INPENS. Kek sambutan tersebut telah disediakan khas oleh pelajar-pelajar sektor berkenaan. Mengiringi lawatan YM Raja Shahreen ialah Ketua Eksekutif INPENS, Ahmad Zabri bin Mohd Yaman.

#CemerlangBersamaINPENS