BERITA


MAJLIS KESYUKURAN SEKTOR TEKNOLOGI AUTOMOTIF

(24/02/2018)

Hari ini telah diadakan Majlis Kesyukuran sempena dengan siapnya Pusat Latihan Pembelajaran di Sektor Teknologi Automotif.

Majlis tersebut diadakan bagi meraikan warga kerja Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd (Perodua) yang telah bertungkus lumus membangunkan Pusat Latihan tersebut demi menjadikan pembelajaran di dalam bidang automotif di INPENS lebih efektif dan proaktif.

Majlis hari ini telah disempurnakan oleh YDH. TPr. Puan Hajah Noraini Binti Haji Roslan, Yang Dipertua MPSJ. Turut hadir Puan Zannifa Azura binti Ahmad yang juga ahli lembaga pengarah INPENS, Ketua Eksekutif INPENS, Tuan Ahmad Zabri bin Mohd Yaman dan seluruh warga kerja Sektor Teknologi Automotif INPENS.

Mewakili Perodua bagi menerima tanda penghargaan ialah Encik Shahruzzaman bin Ibat Penolong iaitu Pengurus Development & Dojo Education.