BERITA


HARI SUKAN, KELAB & PERSATUAN INPENS

(23/02/2018)

Bagi memastikan pelajar-pelajarnya kekal produktif, INPENS memberi peluang kepada mereka untuk menceburi sukan, kelab atau persatuan yang diminati. Bahagian HEP INPENS menyediakan beberapa pilihan sukan, kelab dan persatuan kepada pelajar-pelajar antaranya congkak, karom, catur, memanah, futsal, bola jaring, bola baling, kebudayaan, nasyid, silat dan kompang. Hari Sukan, Kelab dan Persatuan INPENS diadakan pada setiap hari Khamis minggu ketiga sebagai galakan kepada pelajar untuk menunjukkan bakat dan kebolehan masing-masing.

#INPENSBoleh
#INPENSBerbakat
#CemerlangBersamaINPENS