BERITA


LATIHAN MENYELAMAT SEBAGAI TAMBAH NILAI PELAJAR INPENS

(20/02/2018)

Pelajar INPENS bukan sahaja dilatih dengan pelbagai ilmu kemahiran yang berimpak global. Malahan, mereka turut diberi pendedahan berkaitan kaedah menyelamat jika berlaku kecemasan seperti kebakaran. Melalui penglibatan di dalam dua badan beruniform iaitu Pasukan Institut Pertahanan Awam (PISPA) dan Kadet Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), para pelajar telah didedahkan dengan ilmu-ilmu bantuan awal kecemasan seperti teknik menyelamat mangsa, bantuan pernafasan dan bantuan kecederaan.
Modul menyelamat dan pertolongan cemas ini diperkenalkan kepada pelajar INPENS memandangkan pembelajaran kemahiran turut melibatkan risiko-risiko kecederaan. Oleh itu, bantuan awal kecemasan mampu mengelakkan kecederaan yang lebih serius sekali gus mampu menyelamatkan nyawa seseorang.

Aktiviti badan beruniform INPENS dijalankan dua minggu sekali dengan menekankan pelbagai modul seperti keselamatan, disiplin dan latihan fizikal. Usaha ini dijalankan bagi memastikan pelajar INPENS bukan sahaja berkemahiran malahan terlatih dalam aktiviti menyelamat sekali gus menambah nilai dalam profil mereka kelak.

#CemerlangBersamaINPENS