BERITA


DITA CREATIVE KINI DIBUKA!

(21/02/2018)

INPENS kini melangkah gagah setapak lagi dengan pembukaan butik jahitan dalam kampusnya iaitu Dita Creative. Perkataan ‘dita’ yang berasal daripada Bahasa Itali bererti jari jemari sekali gus membawa maksud ‘Jari Jemari Kreatif’ kepada butik tersebut.

Butik yang mula beroperasi awal Februari ini turut mengambil pelbagai tempahan pakaian wanita, lelaki dan kanak-kanak. Malahan tempahan baju bagi sambutan Aidilfitri tahun ini telah mula dibuka kepada umum. Dita Creative turut menawarkan pakej menarik untuk tempahan seisi keluarga.

Dita Creative merupakan butik di bawah kelolaan Sektor Tekstil dan Pakaian INPENS. Mereka yang berminat untuk menghantar tempahan baju atau mengajukan sebarang pertanyaan boleh berbuat demikian dengan menghubungi Puan Zalina Rahmat di talian 013-3960104 atau Encik Che Muhamad di talian 019-3646758.

#CemerlangBersamaINPENS