BERITA


PERHIMPUNAN ANGKATAN PERTAHANAN AWAM (APM) BERSAMA PISPA INPENS 2018

(14/02/2018)

Hari ini telah diadakan Perhimpunan APM bersama Pasukan Institut Pertahanan Awam (PISPA) INPENS. Majlis telah disempurnakan oleh Pengarah APM Selangor, YS KOL (PA) Ghazali bin Abd Rahman.

Selain mendengar amanat beliau, pelajar yang menyertai PISPA turut mengangkat ikrar sebagai kadet baharu.

PISPA INPENS juga mengadakan kawad kawalan kehormat bagi menyambut ketibaan tetamu yang hadir. Lawatan ke sektor-sektor turut diadakan bagi berkongsi perkembangan transformasi yang giat dijalankan ketika ini.

#CemerlangBersamaINPENS