BERITA


INPENS TEAM BUILDING & RETREAT 2018

(02/02/2018)

Bagi mengukuhkan ikatan kerjasama di antara kakitangan di INPENS, satu program pembangunan pasukan (team building) telah dilaksanakan bermula 2 Februari hingga 4 Februari 2018. Program yang dijalankan di Lost World of Tambun, Perak itu turut diadakan bagi menghargai jasa kakitangan INPENS yang telah bekerja keras di sepanjang tahun 2017.

Ketua Eksekutifnya, Tuan Ahmad Zabri bin Mohd Yaman berkata program ini merupakan program team building kedua yang dianjurkan INPENS. Terdahulunya, INPENS telah menganjurkan program sama pada tahun 2016 bertempat di Ampang Pecah, Kuala Kubu Baru. Menurut beliau, program ini bakal mengeratkan lagi hubungan di antara kakitangan baharu dan lama. Dalam masa sama, tujuan program sebegini dianjurkan adalah untuk meraikan usaha kakitangan yang telah berkhidmat dengan komited pada 2017, ujar beliau lagi.

Selain beberapa modul pembangunan pasukan bertemakan rekreasi air, kakitangan yang menghadiri program berkenaan turut diraikan di dalam satu majlis makan malam yang bertemakan ‘flora dan fauna’. Kakitangan yang bertuah dengan tema pemakaian paling menarik turut berpeluang memenangi hadiah yang menarik.

#INPENSLiburan
#StaffRetreat
#CemerlangBersamaINPENS