BERITA


BILIK KORPORAT INPENS: TRANSFORMASI YANG ELEGAN!

(01/02/2018)

INPENS terus komited dalam menaik taraf prasarananya demi membuktikan INPENS hanya menawarkan yang terbaik. Terkini, sebuah bilik seminar yang dinamakan sebagai Bilik Korporat telah diubah suai agar tampil lebih elegan dan kondusif untuk kegunaan warganya. Bilik seminar tersebut yang berkapasiti 50 audiens turut mempunyai kemudahan sistem bunyi dan paparan projektor. Fasa naik taraf ini juga merupakan sebahagian Misi Transformasi INPENS 2017 yang kini telah pun memasuki fasa-fasa akhirnya.

#CemerlangBersamaINPENS