BERITA


PROGRAM PEMANTAPAN PROFESSIONALISME PENDIDIKAN TENAGA PENGAJAR TVET

(03/01/2018)

Bermula 3 hingga 5 Januari 2018, INPENS telah melaksanakan Program Pemantapan Professionalisme Pendidikan Tenaga Pengajar TVET yang melibatkan seramai 18 orang tenaga pengajar. Program yang diadakan di Carlton Hotel Shah Alam ini bertujuan memastikan tenaga pengajar INPENS adalah bertaraf profesional demi menghadapi gelombang Industri 4.0 yang semakin rancak diperkatakan.

Pengurus Komunikasi Korporat, Pemasaran dan Pembiayaan INPENS, Jefri Mejan berkata program ini melibatkan tenaga pengajar dari Sektor Teknologi Automotif, Sektor Teknologi Motosikal dan Sektor Teknologi Penyamanan Udara INPENS kerana didapati ketiga-tiga sektor ini adalah signifikan kepada Industri 4.0.

"Akan datang kita juga akan melibatkan sektor lainnya di INPENS dan ini merupakan fasa pertama Program Pemantapan Professionalisme Pendidikan Tenaga Pengajar TVET. INPENS tuntas dalam memastikan pembangunan TVET di negeri ini memandangkan keperluan tenaga mahir di dalam pelbagai industri yang bertapak di Selangor sangat tinggi" ujar beliau lagi.

Selain meningkatkan tahap profesionalime tenaga pengajar INPENS, program ini dianjurkan dengan objektif untuk memastikan prestasi penyampaian pendidikan sentiasa di tahap terbaik dan menghasilkan tenaga pengajar yang bermotivasi tinggi.