BERITA


YB. DATO' DR. AHMAD YUNUS RASMI INKUBATOR SMART SELANGOR SG. BULOH

(22/12/2017)

22 Disember 2017 – INPENS megah selangkah lagi ke hadapan dengan pembukaan Inkubator SmartSelangor kelimanya di Masjid Bandar Baru Sungai Buloh. Inkubator terbaharu itu terletak di Masjid Bandar Baru Sungai Buloh yang menawarkan perkhidmatan guntingan rambut dan jahitan. Lebih unik lagi, inkubator tersebut menggunakan 2 unit kontena untuk menjalankan operasinya.

 Y.B. Ahmad Yunus yang ditemui berkata inkubator tersebut dibuka untuk memberikan peluang keusahawanan kepada graduan kemahiran.

 “Selain itu, kita lihat ramai jemaah masjid yang perlukan khidmat gunting rambut. Tetapi mereka perlu ke kedai-kedai di luar sana, sedangkan mereka boleh mendapatkan perkhidmatan gunting rambut ketika menunaikan solat di masjid ini” ujar beliau lagi.

Beliau juga berkata peranan masjid sebagai sebuah institusi keagamaan terus diperkasakan melalui kaedah ini kerana sesebuah masjid bukan sahaja tempat mendirikan solat tetapi berperanan sebagai gedung ilmu dan tempat berdiskusi.

INPENS pula melalui wakilnya, Jefri Mejan yang juga Pengurus Komunikasi Korporat INPENS berkata, INPENS komited melahirkan lebih ramai graduan kemahiran. Beliau juga berpendapat kebergantungan kepada ‘makan gaji’ sudah semakin tipis kerana graduan kemahiran boleh bekerja terus apabila tamat pengajian.

“Selain di Sungai Buloh, INPENS sebelum ini telah membuka empat Inkubator SmartSelangor di Meru, Sijangkang, Batang Kali dan Sungai Besar. Pada masa akan datang juga, ada beberapa lagi lokasi yang berpotensi untuk pembukaan inkubator seumpamanya” akhiri beliau.