BERITA


GRADUAN INPENS INTAI PELUANG KERJAYA BERSAMA IJM CORPORATION

(22/12/2017)

IJM Corporation (IJM) yang merupakan konglomerat pembinaan, hartanah dan perkilangan di Malaysia telah hadir ke INPENS bagi memberikan taklimat berkaitan peluang kerjaya bersama IJM. Syarikat ini yang ditubuhkan pada 1983 turut terlibat dengan banyak projek-projek berskala mega sama ada di dalam dan luar negara.

Selain itu, satu sesi temuduga turut diadakan kepada pelajar-pelajar kursus PW2 dan PW4 bagi mengisi kekosongan jawatan di IJM. Ketua Sektor Kejuruteraan Elektrik, Mohd Faizal Zainal berkata peluang membina kerjaya bersama syarikat gergasi seperti IJM bukan sahaja menawarkan pendapatan yang stabil malahan memberikan pengalaman yang sangat berharga memandangkan teknologi yang digunakan IJM bersifat maju dan terkini.

Pelajar-pelajar yang berjaya di dalam sesi temuduga tersebut berpeluang berkhidmat di IJM bermula tahun hadapan. Mereka yang mempunyai minat mendalam di dalam bidang kejuruteraan elektrik boleh memohon sekarang di www.inpens.edu.my untuk sesi pengambilan pada 9 Januari 2018.

#CemerlangBersamaINPENS