BERITA


MAJLIS PERPISAHAN & SAMBUTAN HARI LAHIR NOVEMBER

(12/12/2017)

Hari ini telah diadakan majlis perpisahan untuk 3 orang kakitangan yang bakal meninggalkan INPENS iaitu Puan Jahirah, Encik Zainal dan Encik Shamsudin. Turut disampaikan sumbangan wang tunai kepada Encik Azman yang baharu saja kehilangan ayah mertua beliau.

Turut diadakan majlis sambutan hari lahir bagi kakitangan yang lahir pada bulan November. Seperti biasa, Sektor Kulinari dan Pastri telah menyediakan kek dan churros sebagai hidangan sampingan untuk sambutan tersebut.

Ketua Eksekutif INPENS turut memaklumkan gaji bulan Disember akan dibayar lebih awal sebagai persediaan persekolah Januari depan.