BERITA


GELANGGANG FUTSAL KINI DINAIK TARAF!

(30/11/2017)

INPENS telah menaik taraf dua buah gelanggang futsalnya bagi tujuan riadah dan sukan para pelajarnya. Permukaan gelanggang telah dibaik pulih dan dicat baharu. Pagar penghadang turut diperbaharui bagi memenuhi aspek keselamatan.
 
Gelanggang tersebut terletak berdekatan dengan Asrama Puteri dan Blok C (Sektor Automotif, Sektor Penyamanan Udara & Sektor Motosikal).
 
Para pelajar yang meminati sukan tersebut boleh menggunakan gelanggang tersebut setiap hari. Berikutan itu, Bahagian HEP turut mengumumkan akan menganjurkan Liga Futsal INPENS yang akan bermula pada Januari 2018 nanti.
 
Anda mahu belajar kemahiran?
Anda sukakan riadah?
INPENS ada segalanya!
 
#CemerlangBersamaINPENS
#KemahiranUntukSemua