BERITA


BAKTISISWA INPENS : MENABUR BAKTI... MENCURAH RASA...

(29/11/2017)

BAKTISISWA INPENS: Menabur Bakti... Mencurah Jasa...

Sektor Kejuruteraan Elektrik INPENS terus menabur bakti melaksanakan baktisiswa dengan menjalankan kerja-kerja pendawaian elektrik di Masjid Al-Amiriah dan Balai Raya di Blok C,O dan J di Kg Sawah Sempadan, Tg Karang, Selangor. Program ini dijalankan sempena Program Bakti Siswa Daerah Kuala Selangor Anjuran Jawatankuasa Tetap Pendidikan Negeri Selangor.

Seramai 30 orang pelajar INPENS telah terlibat bagi menjayakan baktisiswa tersebut.

Menurut Ketua Sektornya, Faizal Zainal berkata Baktisiswa sebegini dilihat sebagai satu platform yang sesuai untuk pelajar mengaplikasi segala ilmu yg dipelajari kepada realiti sebenar alam pekerjaan.

"Pada masa akan datang juga, akan lebih banyak program Baktisiswa dilaksanakan bagi memastikan lebih banyak kumpulan masyarakat menerima manfaat berbentuk kemahiran ini." Ujar Faizal lagi.

Tahniah kepada Sektor Kejuruteraan Elektrik INPENS!

#CemerlangBersamaINPENS