BERITA


NIK HASNAH WAKILI INPENS DI ASIAN CULINARY CHALLENGE 2017

(28/11/2017)

Nik Hasnah binti Mahmod hari ini mewakili INPENS untuk menyertai Asian Culinary Challenge 2017 (ACC) di Kuantan, Pahang. Beliau yang merupakan pelajar dari jurusan Pembuatan Pastri telah menyahut cabaran untuk bersaing di dalam acara ‘Dress The Cake (Individual)’. ACC 2017 mempertandingkan 24 acara dengan penyertaan seramai 281 pelajar kulinari dan pastri dari seluruh Malaysia.

Pada pertandingan ini, Nik Hasnah turut ditemani dua tenaga pengajar INPENS iaitu Chef Waheeda dan Chef Liyana. Menurut Chef Waheeda, pertandingan ini merupakan platform terbaik untuk Nik Hasnah mempamerkan kebolehan dan kemahiran beliau. Pertandingan ini juga dibarisi chef-chef tersohor dalam dan luar negara sebagai para juri. Oleh itu, pelajar yang bertanding bukan sahaja mendapat pengalaman yang berharga malahan boleh mencedok ilmu melalui nasihat-nasihat yang diberikan para juri, ujar beliau lagi.

INPENS telah mula memperkenalkan kursus Pembuatan Makanan (kulinari) dan Pembuatan Pastri sejak 2016 lagi kerana permintaan yang tinggi terhadap graduan kursus ini sama ada di industri-industri pembuatan makanan halal, restoran dan hotel. Mereka yang mempelajari ini juga berpotensi untuk bergelar usahawan kemahiran jika mempunyai semangat keusahawanan yang tinggi. Pengambilan seterusnya bagi kedua-kedua kursus ini adalah pada 9 Januari 2018. Memandangkan kuota yang terhad, calon pelajar boleh membuat permohonan terus di www.inpens.edu.my sekarang juga.