BERITA


INPENS PERKENAL KURSUS PW2 DAN PW4 SEPARUH MASA

(28/11/2017)

Memandangkan sambutan yang sangat menggalakkan untuk mengikuti Kursus PW2 dan PW4, INPENS telah memberi peluang terutamanya kepada mereka yang sudah bekerja untuk mempelajari kedua-dua kursus ini secara separuh masa.

Kumpulan pengambilan pertama bagi Kursus PW2 telah memulakan pengajian mereka pada November ini dan dijangka tamat pada April 2018 (240 jam). Seramai 14 orang pelajar telah mengikuti pengajian bagi pengambilan pertama ini. Pada Disember ini pula, Kursus PW4 secara separuh masa akan dimulakan dan jangkaan tamat adalah pada Mei 2018.

Ambilan seterusnya bagi kedua-dua kursus secara separuh masa ini adalah pada Julai 2018. Mereka yang berminat adalah dialu-alukan untuk mendaftar mulai sekarang.

Mereka yang berminat boleh menghubungi Encik Zaimily di talian 019-2432315 untuk pertanyaan dan maklumat lanjut.

Jom! Belajar Kemahiran.

#CemerlangBersamaINPENS