BERITA


INPENS PERKENAL KURSUS SEMBURAN CAT MULAI 2018

(24/11/2017)

INPENS akan memperkenalkan kursus baru penyemburan cat automotif di bawah Sektor Teknologi Automotif dengan pengambilan pertama dilakukan pada sesi Januari 2018.

Tempoh kursus adalah selama enam bulan yang akan menganugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1.

Ambilan ini adalah terhad kepada kuota 25 orang pelajar sahaja.

Anak-anak Negeri Selangor yang berusia 17 tahun ke atas terutamanya lepasan SPM 2016 dan 2017 adalah dialu-alukan untuk memohon.

Pelajar yang berkelayakan juga boleh memohon Program Tajaan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor yang akan membiayai kos pengajian, makan minum dan penginapan.

Dalam Belanjawan 2018, Kerajaan Negeri mengumumkan peruntukkan RM5 juta bagi membiayai Program Tajaan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor.