BERITA


SERAHAN CEK TUNTUTAN INSURAN KEPADA IBU MENDIANG THINESYOHEN

(02/03/2020)

Hari ini, pihak INPENS telah menyerahkan cek tuntutan insurans kemalangan pada Pn Pn Vineswari A/L Kuppusamy, ibu kepada mendiang Thinesyohen A/L Roshan Singh (pelajar Sektor Teknologi Maklumat) yang telah meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya pada bulan Mei 2018 yang lalu. Sumbangan cek telah disampaikan oleh Encik Nahar bin Sharif (Pengurus HEP & Fasiliti), diiringi oleh Encik Ronifitra bin Basiron (Eksekutif Akaun) bersama Ustaz Fauzi bin Ismail (Pegawai HEP). Semoga dengan bantuan ini, sedikit-sebanyak dapat membantu keluarga mendiang dalam mengharungi hari yang mendatang.

#CemerlangbersamaINPENS
#takziah