BERITA


SEKITAR HARI KETIGA MINGGU SUAI KENAL SESI JANUARI 2020 (MSK JAN 2020)

(09/01/2020)

Pelajar-pelajar baharu hari ini telah dibawa melawat sekitar kampus INPENS bagi mengenali sektor-sektor serta pejabat pentadbiran yang berkaitan. Terdahulunya, pada sesi pagi, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) cawangan Kuala Selangor telah hadir memberikan taklimat berkaitan bantuan kecemasan dan peluang menyertai JPAM untuk aktiviti kokurikulum.

Pada sesi petang pula, pelajar didedahkan dengan taklimat kelab dan persatuan. MSK Jan 2020 diteruskan dengan taklimat peraturan tatatertib dan disiplin pelatih. Semoga pelajar-pelajar ini menerima manfaat daripada aktiviti dan taklimat yang disampaikan.

#CemerlangBersamaINPENS
#PenerajuLatihanKemahiran