BERITA


MINGGU SUAI KENAL PELAJAR BAHARU SESI JANUARI 2020

(08/01/2020)

Sekitar hari kedua Minggu Suai Kenal (MSK) pelajar baharu sesi Januari 2020 yang melibatkan aktiviti seperti taklimat Hal Ehwal Akademik (HEA) oleh Puan Norzilawati Md Said, taklimat Askar Wataniah dari Rejimen 502 Kem Sabak Bernam dan ceramah kesihatan oleh Dr Mohd Hanif Bazlimullah Hashim dari Klinik Kesihatan Kuala Selangor. Pada sesi petang pula ceramah anti jenayah telah disampaikan oleh ASP Pirabaharan a/ l Muniandy iaitu Ketua Unit Pencegahan Jenayah dan Komuniti dari IPD Kuala Selangor. Semoga pelajar-pelajar menerima manfaat dari semua taklimat dan ceramah yang disampaikan.

#CemerlangBersamaINPENS
#PenerajuLatihanKemahiran