BERITA


INPENS TERIMA KUNJUNGAN KOLEJ VOKASIONAL TAIPING

(25/09/2019)

INPENS telah menerima kunjungan daripada pelajar-pelajar dan guru-guru daripada Kursus Elektrik Kolej Vokasional Taiping. Seramai 27 orang pelajar dan 2 orang guru terlibat dalam lawatan tersebut. Lawatan dimulakan dengan mendengar taklimat yang disampaikan oleh En. Izzuddin (Bahagian Pemasaran) diikuti dengan lawatan ke Sektor Kejuteraan Elektrik dan Sektor Teknologi Elektronik. Banyak ilmu dan pengalaman serta pengetahuan yang dapat dikongsi bersama. Semoga dengan lawatan ini akan lebih menjalinkan hubungan yang baik dengan KV Taiping dan membuka ruang kepada agensi pendidikan yang lain untuk bekerjasama dengan INPENS.

 

#CemerlangBersamaINPENS