BERITA


INPENS TEMPAT KE-3 PERBARISAN KEMERDEKAAN 2019!

(30/08/2019)

Tahun ini INPENS sekali lagi mengulangi kejayaan memperoleh Tempat Ketiga di dalam Perarakan Kontijen Hari Merdeka kali ke- 62 (Kategori Badan Berkanun) yang diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Pasukan berkenaan telah dipimpin oleh Kapten (PA) Bersekutu Mohd Rusman Hussin. Pasukan perbarisan INPENS berjaya menggondol hadiah wang tunai berjumlah RM1,500 sebagai hadiah tempat ketiga pertandingan berkenaan. Kapten (PA) Rusman yang ditemui berkata, beliau amat bangga akan pencapaian pelajar yang terlibat dan kejayaan ini adalah dari hasil usaha gigih setiap pelajar yang terlibat. Perbarisan kali ini merupakan penyertaan tahun keenam INPENS dalam  Perarakan Hari Kemerdekaan. Pada tahun ini, pasukan INPENS segak berbusana tradisional Baju Melayu berwarna merah bagi melambangkan semangat pahlawan di dalam jiwa masing-masing. Syabas diucapkan kepada Kontijen Perarakan INPENS yang berjaya mengekalkan tempat ketiga pada tahun ini.

Kejayaan Kontijen INPENS:-

2014 - Keenam (RM500.00)

2016 - Johan (RM2000.00)

2017 - Johan (RM2000.00)

2018 - Ketiga (RM1000.00)

2019 - Ketiga (RM1500.00)