BERITA


INPENS TERIMA KEMUDAHAN JALUR LEBAR TINGGI (RANGKAIAN DIGITAL SMARTSEL NODE1)

(30/08/2019)

SMARTSEL Sdn Bhd (SMARTSEL) anak syarikat milik penuh Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) melancarkan Rangkaian Digital SMARTSEL Node1 di Kuala Selangor dan Kolej Antarabangsa INPENS (INPENS) yang disempurnakan oleh EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim. Beliau berkata, perkhidmatan keterhubungan itu menawarkan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi membabitkan 50 titik capaian (access point) yang mampu mencapai 100 megabite sesaat (100mbps) dan inisiatif ini berkenaan bukan sahaja dapat dimanfaatkan pelajar dan kakitangan INPENS, malah pemain industri juga syarikat telekomunikasi.

“Node1 dibangunkan di INPENS yang akan membolehkan institusi ini menggunakan teknologi digital terkini dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar semasa pembelajaran mereka.

“Ini adalah pencapaian utama bagi Kerajaan Negeri untuk memberikan capaian hubungan berkelajuan tinggi ke kawasan luar bandar dan kurang liputan,” katanya selepas melancarkan Node1, di INPENS, di sini.

Hadir sama EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Sains, Teknologi dan Inovasi, Hee Loy Sian dan Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Raja Shahreen Raja Othman dan Pengarah Urusan SMARTSEL, Mohamad Suhaimi Mohamad Tahir.

Disamping itu, majlis menandatangai jalinan kerjasama serta memorandum persefahaman (MoU) di antara INPENS dan pemain industri juga di jalankan. Antara syarikat yang terlibat adalah Daikin Malaysia, New Hoong Fatt Holding Berhad, Yamaha Malaysia dan Perodua. Semoga jalinan kerjasama ini dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada INPENS khususnya para pelajar.

#CemerlangBersamaINPENS