BERITA


INPENS TERIMA KUNJUNGAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL SG BULOH

(01/08/2019)

Kolej Vokasional Sungai Buloh melalui pelajar-pelajar Tahun 2 Diploma Vokasional Malaysia Teknologi Elektrik (2 DVM ETE) pada hari ini 1 Ogos 2019 Khamis telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke INPENS. Seramai 30 orang pelajar dan 2 orang pensyarah telah menyertainya. Antara tujuan lawatan mereka adalah untuk mengetahui syarat-syarat untuk mendapatkan lesen-lesen kompeten bagi seorang jurutera elektrik seperti PW2, PW4, BO dan sebagainya. Lawatan bermula dengan taklimat INPENS dan seterusnya peserta-peserta di bawa ke Sektor Kejuteraan Elektrik. Pelbagai maklumat dapat dikongsi bersama antara kedua-dua institusi. Semoga dengan program lawatan ini akan menampakkan kesungguhan dan usaha kedua-dua pihak dalam memartabat institusi kemahiran ke tempat yang lebih baik dan menjadi pilihan utama kepada belia-belia diluar sana.