BERITA


PROGRAM HALATUJU BIDANG LATIHAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL (TVET) DI SMK SAUJANA UTAMA

(29/07/2019)

Pihak INPENS telah dijemput oleh SMK Saujana Utama bagi memberikan taklimat kepada pelajar sempena Program Halatuju bidang latihan Teknikal dan Pendidikan Vokasional (TVET) SMK Saujana Utama Tahun 2019. Program ini telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah. Selain taklimat berkaitan kemahiran, pihak INPENS juga telah membawa dua sektor iaitu Sektor Tekstil & Pakaian dan Sektor Kulinari & Pastri bagi mengadakan demonstrasi masakan serta jahitan bagi memberikan pendedahan dan ilmu kemahiran yang baru kepada para pelajar yang hadir. Semoga dengan usaha ini akan menanam minat yang tinggi dalam bidang dan kerjaya kemahiran.