BERITA


SEKITAR PROGRAM LAWATAN KERJAYA KEMAHIRAN DI INPENS

(25/07/2019)

Hari ini INPENS telah dikunjungi oleh 2 sekolah menengah iaitu SMK Bukit Kuching Tengah, Jeram dan SMK Raja Muda Musa Bestari Jaya Kuala Selangor. Lawatan ini telah melibatkan seramai 120 pelajar sekolah dan 5 orang guru pengiring sempena program Lawatan Kerjaya Kemahiran ke INPENS. Aktiviti dimulakan dengan taklimat berkaitan INPENS yang telah disampaikan oleh En. Mohd Nor Izzuddin b. Rahudin, Eksekutif Pemasaran INPENS dan seterusnya pelajar-pelajar ini dibawa melawat ke sektor-sektor kemahiran yang ada di INPENS. Semoga dengan adanya lawatan seperti ini akan menjadikan pelajar-pelajar ini lebih berminat dalam bidang kemahiran.