BERITA


INPENS TERIMA KUNJUNGAN DARI SMK BANDAR KOTA TINGGI, JOHOR

(24/07/2019)

Menyantuni pelajar-pelajar dan guru-guru dari SMK Bandar Kota Tinggi, Johor yang telah mengadakan lawatan ke INPENS pada 24 Julai 2019 (Rabu) sempena program Lawatan Kerjaya Berinformasi. Lawatan ini telah dihadiri seramai 40 orang pelajar kursus Automotif dan diiringi seramai 4 orang guru pengiring. Selepas penyampaian taklimat, pelajar-pelajar ini dibawa melawat ke Sektor Teknologi Automotif dan semburan cat. Pelbagai maklumat dan informasi disampaikan kepada pelajar-pelajar ini. Semoga dengan lawatan ini akan menjadikan INPENS lebih dikenali bukan sahaja di Selangor malah dikenali diluar negeri Selangor.

#CemerlangBersamaINPENS