BERITA


MEMANTAPKAN GRADUAN UNTUK MELANGKAH KE ALAM KERJAYA

(10/05/2019)

Pada 10 Mei 2019, INPENS melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar INPENS dan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar telah menganjurkan Bengkel Tatacara Menghadiri Temuduga yang bertujuan menyediakan pelajar untuk melangkah ke alam kerjaya. Pelajar-pelajar ini telah didedahkan dengan faktor utama kegagalan calon-calon yang ditemuduga serta mempelajari etika berpakaian yang sesuai untuk menghadiri temuduga. Selain itu, tips membantu graduan untuk sukses temuduga dan tatacara menjawab soalan temuduga turut diajarkan. Ini bagi memastikan graduan INPENS berkeyakinan dan bersedia apabila dipanggil menghadiri temuduga kelak.

Turut diselitkan sesi praktikal bagi menggambarkan situasi sebenar ketika proses temuduga. Barisan MPP INPENS telah memainkan peranan dalam menjayakan sesi dengan membawa pelbagai watak calon-calon pekerja. Bengkel ini telah disampaikan oleh Puan Nur 'Adnin Syamil binti Halik Bassah dan Encik Rusman bin Husin dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

#CemerlangBersamaINPENS
#MPPKomitedMeneraju