BERITA


MENDIDIK BARISAN PEMIMPIN PELAPIS

(22/04/2019)

Seramai 20 orang pelajar INPENS telah terpilih mengikuti Kursus Kepimpinan Organisasi Tahap 1 yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Selain mempelajari teori-teori kepimpinan, pelajar juga didedahkan dengan kaedah-kaedah memajukan lagi organisasi masing-masing.

Kursus selama 3 hari 2 malam ini telah diadakan di MCL D'Bamboo Chalet and Camp yang terletak di Kampung Sungai Gulang-gulang, Tanjong Karang. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta. Semoga ilmu yang diperolehi bermanfaat dan membawa kebaikan kepada banyak pihak.

#CemerlangBersamaINPENS