BERITA


INPENS KONGSI ILMU ETIKA MAKAN BERADAB

(21/02/2019)

INPENS dijemput melalui Sektor Kulinari & Pastri sebagai penceramah Etika Makan Beradab Sempena Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Asrama Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 bertempat di Dewan Prima Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor. Pelajar-pelajar diberikan pendedahan berkaitan perkhidmatan kaedah dan cara menyusun perkakas makanan, jenis-jenis makanan dan sebagainya. Program ini juga melibatkan pelajar-pelajar INPENS. Semoga ilmu yang disampaikan bermanfaat kepada pelajar-pelajar sekolah yang terlibat.

#CemerlangBersamaINPENS