BERITA


PROGRAM KORBAN INPENS 2017

(04/09/2017)

4 September 2017 (13 Zulhijjah 1437H) - Pada tahun ini warga INPENS telah bergotong royong menyembelih tiga ekor lembu dan melapah daging untuk diagihkan kepada seluruh warga INPENS serta penduduk berhampiran. Program seumpama ini adalah kali kedua dianjurkan selepas mendapat sambutan yang menggalakkan tahun lalu. Walaupun tarikh tersebut telah diumumkan sebagai cuti umum kerana kejayaan Malaysia menjuarai Sukan SEA, semua kakitangan tekad untuk hadir menjayakan Program Korban INPENS 1438H. Warga INPENS juga tidak ketinggalan menyediakan juadah tengahari bersama-sama yang menghidangkan sup daging dan daging goreng kunyit. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ketua Eksekutif INPENS, Tuan Ahmad Zabri bin Mohd Yaman yang turut sama-sama turun padang melakukan kerja-kerja sembelihan.