BERITA


PERODUA SUMBANG 2 BUAH KERETA MYVI UNTUK PEMBELAJARAN DI INPENS

(06/12/2018)

INPENS merupakan di antara 25 institusi kemahiran di seluruh Malaysia yang menerima sumbangan 2 buah Perodua Myvi bagi tujuan pembelajaran di Sektor Teknologi Automotif INPENS oleh Perodua. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Y.Bhg Datuk (DR) Aminar Rashid Salleh, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Perodua kepada wakil INPENS Tuan Ahmad Zabri bin Mohd Yaman, Ketua Eksekutif INPENS.

#JomBelajarKemahiran
#CemerlangBersamaINPENS