BERITA


GOTONG-ROYONG MENEKUNI KEHIDUPAN ASNAF ZAKAT

(03/11/2018)

INPENS diberikan kesempatan membantu pihak Lembaga Zakat Selangor Daerah Hulu Selangor di dalam program gotong royong membersih dan mengecat rumah asnaf yang didiami oleh asnaf warga emas. Seramai 40 orang pelajar dan kakitangan INPENS terlibat dalam program ini. Terima kasih kepada Pengurus Operasi Agihan Hulu Selangor Ustaz Azizul Fitry bin Salam serta kakitangan LZS Hulu Selangor kerana memberi peluang kepada INPENS membantu pihak yang sangat memerlukan bantuan. INPENS diwakili oleh kakitangan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan pelajar-pelajar pelbagai sektor tajaan LZS.