BERITA


SEKITAR MAJLIS PELANCARAN "TECHNICIAN APPRENTICESHIP PROGRAMME (TAP)

(22/10/2018)

Majlis Pelancaran " Technician Apprenticeship Programme" (TAP) telah disempurnakan perasmiannya pada hari ini 22 Okt 2018 di Concorde Hotel Shah Alam oleh YB Tuan Ganabatirau a/l Veraman. Turut hadir Ybhg Puan Zaniffa Azura bt Ahmad mewakili MBI, Ybhg Dato' Jim Khor Pengarah Urusan Hong Leong Yamaha Motor, Ybhg Mr. Wee Hong Pengerusi Penjual Motosikal & Skuter Malaysia (MMSDA), Tuan Ahmad Zabri b. Mohd Yaman Ketua Eksekutif INPENS, Ahli-ahli Lembaga Pengarah INPENS, wakil-wakil media dan tetamu-tetamu jemputan yang hadir dalam perasmian tersebut. Semoga usaha sama ini akan memberikan sinar baru dalam dunia industri masa kini terutama dalam industri motosikal. Seramai 8 orang pelajar daripada Sektor Teknologi Motosikal INPENS terpilih dalam program TAP ini. Tahniah diucapkan.

#CemerlangBersamaINPENS