BERITA


SEKITAR HARI SUKAN NEGARA DI INPENS

(12/10/2018)

Sekitar Hari Sukan Negara di INPENS pagi ini. Selain senamrobik pada sesi pertama, pelajar-pelajar juga berpeluang melakukan aktiviti sukan yang digemari seperti futsal, bola baling, sepak takraw dan memanah. Turut diadakan permainan indoor seperti karom dan congkak. Pada sebelah petang pula akan diadakan ceramah Hari Sukan Negara bersama-sama dengan pegawai dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Selangor.

Jom sihat dan cemerlang!

#CemerlangBersamaINPENS