BERITA


KERAJAAN NEGERI SELANGOR TERUS PRIHATIN BIAYAI PENDIDIKAN DI INPENS

(20/09/2018)

Seramai 65 orang pelajar INPENS hari ini telah ditemuduga oleh pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) bagi membolehkan mereka menerima pembiayaan pendidikan di bawah Program Tajaan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor. Terdahulunya, seramai 349 orang pelajar telah menerima insentif sama pada Januari yang lalu. Ini menjadikan jumlah keseluruhan penerima pembiayaan ini seramai 414 orang dengan peruntukan berjumlah RM6 juta. Sesi temuduga yang dijalankan pada hari ini juga merupakan siri kedua yang dijalankan setelah Kerajaan Negeri Selangor meluluskan peruntukan tambahan berjumlah RM1 juta baru-baru ini.

Kesemua 65 pelajar yang bakal menerima manfaat ini mengikuti pelbagai kursus kemahiran di INPENS iaitu diantaranya; automotif (servis selepas jualan), automotif (semburan cat), kecantikan, pembuat pakaian, elektrik dan sistem komputer. Program Tajaan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor merupakan sebuah inisiatif dalam memberdayakan kemahiran di kalangan belia di Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin yang diterajui Y.B. Tuan Ganabatirau a/l Veraman. INPENS akan membuka sesi pengambilan seterusnya pada Januari 2019, mereka yang berminat mengikuti pengajian kemahiran di INPENS boleh menghubungi talian 03-3281 2617 (Bahagian Pemasaran) untuk mengetahui syarat-syarat kemasukan dan maklumat lanjut kursus.