BERITA


AZNI SYAFIKA TERIMA ANUGERAH KHAS DATO' MENTERI BESAR SELANGOR SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN KE 22

(13/09/2018)

Tahniah kepada Azni Syafika binti Alizar yang telah dipilih untuk menerima Anugerah Khas Dato' Menteri Besar Selangor di Majlis Konvokesyen INPENS International College Kali Ke-22. Azni yang merupakan graduan dari Sektor Tekstil & Pakaian bukan sahaja menampilkan keputusan yang cemerlang di sepanjang pengajian beliau, malahan aktif menyertai berbagai aktiviti di kolej.

Beliau juga telah mengharumkan nama INPENS dengan memenangi pingat emas di WorldSkills Malaysia Belia Competition 2017 dalam Kategori Teknologi Fesyen. Azni juga telah terpilih mewakili Malaysia untuk bersaing dalam kategori sama di AseanSkills Competition 2018 yang telah diadakan di Bangkok pada Ogos lalu.

Azni Syafika turut mempunyai kembar seiras iaitu Azni Syafina yang turut bergraduat di INPENS dalam kursus yang sama. Anak kelahiran Felda Soeharto ini merupakan seorang pelajar yang bersemangat tinggi dan bercita-cita untuk bergelar pemilik butik pakaian yang berjaya.

INPENS sesungguhnya amat berbangga memiliki permata yang sangat berharga ini. Semoga kejayaan beliau hari ini menjadi pemacu kepada lebih banyak siri kejayaan pada masa akan datang. Syabas diucapkan kepada Azni Syafika binti Alizar!

#CemerlangBersamaINPENS