BERITA


LAWATAN INDUSTRI HONG LEONG YAMAHA MOTOR, MMSDA & HICOM YAMAHA MANUFACTURING

(14/08/2018)

Pagi ini INPENS menerima kunjungan daripada Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), MMSDA, Hicom Yamaha Manufacturing dan Yamaha Dealers bagi membincangkan kerjasama yang boleh diimplementasi di INPENS khususnya di Sektor Teknologi Motosikal. Seramai 16 orang delegasi telah hadir mendengar taklimat syarikat yang disampaikan oleh Ketua Eksekutif INPENS, Tuan Ahmad Zabri bin Mohd Yaman. Dalam taklimatnya, Tuan Ahmad Zabri menzahirkan rasa teruja dengan siri-siri kerjasama yang boleh dijalankan demi memastikan graduan kursus motosikal di INPENS memenuhi standard pasaran industri. Beliau juga berkata, peranan industri dalam melatih graduan kemahiran adalah signifikan memandangkan peredaran teknologi terkini sangat pantas dan program-program seperti On Job Training mampu membantu menambah baik kecekapan pelajar-pelajar yang terlibat. INPENS menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang motosikal untuk tahap 1 dan 2.

#CemerlangBersamaINPENS