BERITA


PERHIMPUNAN KAKITANGAN INPENS BIL. 5/2018

(24/07/2018)

Pagi ini telah diadakan perhimpunan kakitangan yang pertama kali diadakan selepas sambutan Syawal bulan lalu.

Perhimpunan telah diacarakan Encik Zaimily Abd Talib dan bacaan doa oleh Ustaz Fauzi Ismail. Bacaan ikrar pula diketuai oleh Encik Mohd Faisal.

Dalam ucapannya, Ketua Eksekutif INPENS Tuan Ahmad Zabri mengingatkan kakitangan berkaitan keberkesanan (relevancy) tugas masing-masing. Kakitangan hendaklah sentiasa mengkaji dan meningkatkan peranan demi memberdayakan prestasi INPENS. Turut disentuh, disiplin yang terpuji hendaklah dijadikan amalan seperti yang dibudayakan pemain dan penyokong bola sepak negara Jepun.

Beliau dalam masa sama berbesar hati dengan kerjasa dengan pihak DAIKIN yang telah menghantar seorang tenaga pengajar INPENS iaitu Encik Mohd Hafiz ke Osaka pada Mac lalu untuk menjalani kursus intensif penyamanan udara. Beliau mengakhiri ucapan beliau dengan harapan kakitangan INPENS akan terus berusaha meningkatkan disiplin dan bersemangat menjadikan INPENS sebagai "Peneraju Latihan Kemahiran" yang relevan di negara ini.

#CemerlangBersamaINPENS
#TVETuntukINPENS