Sektor Elektrik
Kursus ini menawarkan kerja-kerja pendawaian elektrik mengikut had kuasa yang ditetapkan oleh Akta Bekalan Elektrik 447 dan peraturan-peraturan elektrik 1994. Pelatih yang berjaya menamatkan kursus akan dianugerahkan Sijil Kekompetenan Fasa Tunggal Dengan Endorsan Pengujian (PW2) atau Sijil Kekompetenan Tiga Fasa Dengan Endorsan Pengujian (PW4) yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).
Tahap Pembelajaran
PW4 – Pendawai Elektrik 3 Fasa Dengan Endorsan Pengujian
Syarat Kemasukan
Mempunyai/Lulus PW2
Tempoh
12 Bulan
PELUANG KERJAYA
Pelajar yang telah tamat pengajian di dalam Sektor Elektrik berpeluang untuk menceburi bidang kerjaya seperti berikut:
>> Juruteknik elektrik.
>> Menjadi tenaga pengajar di Institut Pengajian Tinggi Kemahiran.
>> Pembantu pendawaian 1 fasa dan 3 fasa.
>> Membuka syarikat kontraktor elektrik.
>> Usahawan kedai elektrik.