KURSUS-KURSUS

Sektor Automotif


Kursus ini akan mendedahkan kepada pelajar dengan kemahiran dalam bidang semburan cat yang meliputi kerja-kerja memeriksa jenis kerosakan cat dan mengecat semula badan kenderaan. Pelajar akan diajar melalui kaedah 70% amali dan 30% teori mengikut persijilan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).  Antara modul-modul yang terdapat dalam kursus ini adalah seperti Semburan Cat Alkid, Semburan Cat Akrilik, Semburan Cat 2K dan sebagainya. Setelah tamat latihan, pelajar dapat memahami jenis-jenis cat yang digunakan untuk mengecat badan kenderaan serta mampu mengecat semula badan kenderaan dengan baik dan sempurna. Kemudahan dan teknologi terkini disediakan bagi meningkatkan lagi kemahiran para  pelajar mengikut peredaran semasa.


Tahap Pembelajaran


TP-306-1: 2012 (Tahap 1) – Automotif – Semburan Cat


Syarat Kemasukan


TP-306-1: 2012 (Tahap 1)


Warganegara Malaysia


Tempoh


TP-306-1: 2012 (Tahap 1) – 6 Bulan

PERTANYAAN
MOHON KURSUS INI

PELUANG KERJAYA

Pelajar yang telah tamat pengajian di dalam Sektor Automotif - Semburan Cat berpeluang untuk menceburi bidang kerjaya seperti berikut:

>> Juruteknik/mekanik semburan cat.

>> Menjadi tenaga pengajar di sektor awam/swasta.

>> Menjadi usahawan dalam bidang penyemburan cat automotif.

>> Menjadi pengusaha bengkel.

>> Menjadi juruteknik di kilang-kilang kereta.